Part 4: 20 Tech Resources and Tools for Differentiated Learning … Writing Engagement

  Welcome to the fourth post in a series designed to support the use of technology for differentiated learning… in and beyond the PBL classroom.  Before reading, please take a moment to subscr…

Source: Part 4: 20 Tech Resources and Tools for Differentiated Learning … Writing Engagement

Minggu 1 – MPPP1233 (Authoring System)

Minggu yang penuh mendebarkan. MPPP 1223 merupakan subjek core dalam course Teknologi Pendidikan. Dr. Zaidatun merupakan pensyarah yang memperkenalkan diri dan latar belakang beliau, diikuti pula dengan Dr. Norasyikin juga turut menceritakan latar belakang beliau sebagai seorang pensyarah di UTM. Dr. Zaidatun mula menjelaskan secara ringkas berkenaan subjek ini berdasarkan ‘Outline Course’ yang diberikan. Subjek yang saya kira sangat menyeramkan kerana tidak ada langsung asas pengetahuan berkenaan topik yang akan dipelajari tentang Adobe Flash, Dreamweaver apatah lagi untuk develop portfolio dalam blog sendiri melalui WordPress. semua berkait dengan sesuatu ilmu yang baru untuk dipelajari dan diaplikasikan.

Dr. Zaidatun telah memberikan banyak tips, kata-kata perangsang dan pelbagai bentuk gambaran suka dukanya menjadi seorang student master di UTM ini dengan penuh cabaran , dugaan demi dugaan yang perlu diharungi dalam kancah kehidupan student Postgraduate. Apatah lagi, dengan cabaran dalam seorang yang berkerjaya disamping komitmen yang seimbang dalam urusan keluarga juga amat perlu diutamakan. Bukanlah suatu yang mudah untuk mengejar kerjaya, bidang pendidikan mahupun keluarga  perlu didahulukan dalam satu masa yang sama.

Namun, berkat usaha dan kecekalan hati akhirnya dapat juga saya create blog itu sendiri walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan dan banyak kelemahan yang perlu diperbaiki lagi dari semasa ke semasa. Bukan itu sahaja, kerjasama dari kawan-kawan dan tunjuk ajar dalam subjek ini juga diperlukan dan merupakan satu kekuatan. Saya berdoa agar subjek ini saya mendapat keputusan yang baik.

 

Salam Perkenalan

IMG_2161Nama penuh saya Mastina Binti Ramli.Berasal dari Muar dan sekarang menetap di Johor Bahru bersama keluarga, suami dan 4 orang anak. Saya merupakan pelajar Master Part Time Taught Course dalam bidang Teknologi Pendidikan Semester 1. Sebelum ini saya adalah Lepasan Diploma Pendidikan dari IPGK Dato’ Razali Ismail, Terengganu. Saya juga memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi dari Universiti Utara Malaysia. Sekarang mengajar di SK Bukit Mutiara, Johor Bahru yang baru sahaja dipostingkan pada tahun 2014. Sememangnya saya telah lama merancang untuk sambung pengajian ke peringkat sarjana ini.

Syukur, Alhamdulillah…namun hajat yang terpendam kini terlaksana berkat doa dan dorongan dari suami serta anak-anak. Saya berharap dapat menamatkan pengajian ini dengan cemerlangvdalam tempoh masa yangb telah dirancangkan. Namun, usaha dan kekutan dari aspek mental, emosi dan fizikal sangat diperlukan dalam diri. Semoga saya terus tabah dalam mengharungi pelbagai dugaan dan cabaran sepanjang menjadi pelajar sarjana.